CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, May 21, 2009

Tetamu Allah



Pertama kali saya menjejakkan kaki ke Rumah Allah SWT adalah pada tahun 2006. Saya menerima undangan Allah SWT untuk menjadi tetamu di rumahNYA dengan penuh rasa hiba dan keinsafan. Berdiri di depan Kaabah, terasa diri ini terlalu kerdil di sisi Allah SWT. Keinsafan datang dengan sendirinya dan airmata tidak henti mengalir sebagai tanda kesyukuran saya keatas nikmat dan kurnia yang telah Allah SWT berikan kepada saya serta keluarga. Saya bersyukur kerana di usia yang agak muda, saya bernasib baik kerana diberi peluang untuk menjadi tetamu Allah SWT.


Insyaallah, dalam masa beberapa hari lagi, saya serta ahli keluarga yang lain akan menunaikan umrah. Saya dan suami menjadi tetamu Allah SWT buat kali keduanya. Tidak sabar rasanya hati saya ini. Terbayang-bayang kehebatan Kaabah di depan mata saya. Malam saya kini diulit mimpi indah di rumah Allah, siang saya di penuhi dengan bayangan saya bersolat di depan Kaabah dan mengucup Hajar Aswad.


Disini, saya ingin mengambil kesempatan memohon seribu kemaafan jika ada perkataan, tulisan, perbuatan yang menyinggung hati pembaca blog saya, mahupun jika ada kekurangan di dalam saya membekalkan cupcakes saya buat sajian anda dan keluarga. Doakan pemergian saya dan keluarga. Semoga perjalanan kami mendapat keberkatan dari Allah SWT, semoga amal ibadat kami di terimaNYA dan semoga kita semua akan sentiasa berada di dalam lindunganNYA. Doakan saya agar menjadi seorang mukminin yang lebih sempurna dari yang sebelumnya. Insyaallah, saya akan sentiasa mendoakan kesejahteraan pembaca semua dan semoga anda semua memperoleh hidayah dari Allah SWT.


Kami sekeluarga akan berangkat ke Tanah Suci pada 30 May dan Insyaallah akan pulang ke tanahair pada 11 June. Saya akan berehat dari memasak buat seketika. Insyaallah jika dipanjangkan umur, saya akan mula mengambil tempahan selepas 15 June 2009.


" HambaMU telah datang menyambut panggilanMU, Ya Tuhan, hambaMU datang menyambut panggilanMU. Sesungguhnya segala puji-pujian dan nikmat kerajaan adalah kepunyaanMU dan tidak ada sekutu bagiMU"

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

I cannot describe my feelings when I entered the House of Allah for the first time back in 2006. I cried endlessly looking at the great Kaabah, stood tall before me and how lucky I was to be one of HIS guest.

And Insyaallah, in few days time my family and I are leaving for The Holy land. I am both excited, happy and look forward for the coming journey. I am leaving on May 30th and Insyaallah , I will be back on Friday, 11th June.


I wish to seek forgiveness from all my readers and my loyal customers. Please pray for our safety and Insyaallah, business will resume after June, 15th.

5 comments:

LINA said...

Yeen,
Mudah2an segala urusan kat sana dipermudahkan & selamat pergi dan balik.

Ms Kamilah said...

k.yeen..smoge ibadah k.yeen sekeluarga diterima..smpaikan slm pd makam nabi. :)

Yeen Hashim said...

Thanks Lina & Kamm. Insyaallah semoga dipermudahkan semuanya dan Insyaallah yeen akan doakan buat kalian berdua.

nwc said...

Yeen, semoga selamat pergi dan kembali...dan semoga semua ibadah dipermudahkan...

Qastalani® said...

Tiada apa yang perlu dimaafkan sbb cuppies kakak memang cantik dan enak.

K Yeen, semoga dipermudahkan semua urusan di tanah suci Mekah nnt. Amin